Video Pendek Hannah Delisha Tunjuk Lebih Lanjut Kemas Kini Huawei Nova 2i

Huawei Malaysia hari ini melancarkan “Sheldon Tells You” di Facebook rasmi mereka. Ia merupakan video berdurasi lebih kurang 7 minit yang menyaksikan Sheldon menunjuk ajar dua orang gadis jelita mengenai dua ciri terbaru dalam kemas kini Huawei Nova 2i.

Baca juga: Reviu Huawei nova 2i

Menariknya di dalam video ini, ia menampilkan Hannah Delisha yang mencuba sendiri fungsi AR Lens dan Face Unlock. Hannah juga kelihatan sangat teruja semasa melakukan percubaan pada peranti Huawei Nova 2i disamping seorang lagi gadis jelita.

Huawei Nova 2i yang berada di pasaran boleh didapati dengan harga terbaru RM1,099 (harga lama RM1,299). Apa-apapun, jom tonton video di bawah ini…

You might also like