Huawei nova 2i Turun Harga Kini Pada RM1,099

Berita baik kepada pembaca semua. Huawei hari ini mengumumkan bahawa mereka kini telah menurunkan harga Huawei nova 2i kepada RM1,099 sebuah. Penurunan harga sebanyak RM200 ini ditawarkan sempena cuti panjang dan musim perayaan yang akan disambut rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Anda yang berminat untuk mendapatkan peranti baru kini boleh mendapatkan Huawei nova 2i di mana-mana kedai sah Huawei seluruh Malaysia bermula 3 Februari 2018 (Sabtu). Menariknya, harga rendah yang ditawarkan ini tidak terhad malah pengguna juga boleh dapatkannya pada bila-bila masa.

Harga baru ini sekaligus dapat menjimatkan poket anda dan ia juga sebuah telefon pintar yang sarat dengan ciri-ciri terkini. Huawei nova 2i lengkap dengan fungsi empat kamera, skrin besar, rekaan ergonomik dan yang paling utama ialah dua ciri baru Face Unlock dan AR Lens.

Pada masa sama, Huawei juga mengumumkan sempena Tahun Baru Cina ini, hadiah bernilai RM499 turut akan diberikan kepada pelanggan secara percuma. Ia merangkumi batang swafoto, Huawei Uring, dan fon kepala sementara stok masih ada.

Spesifikasi Huawei nova 2i :

  • 5.93” FullView Display (18:9)
  • Kirin 959 Octa-core
  • RAM 4GB / ROM 64GB
  • Kamera utama 16 MP + 2 MP (1.75 micron)
  • Kamera depan 13 MP + 2 MP (f/2.0)
  • Bateri 3,340mAh
You might also like