Huawei Nova 2i Lebih Hebat Dengan Face Unlock Dan AR Lens

Tahun lalu kita diperkenalkan dengan peranti pertengahan mampu milik iaitu Huawei Nova 2i. Peranti ini telah memperagakan artis sedang meningkat naik tanah air iaitu Hannah Delisha selaku duta produk mewakili Huawei Malaysia. Pada masa itu, peranti ini didatangkan dengan imej tumpu sebagai telefon pintar pertama di Malaysia dengan fungsi empat kamera (dua belakang dan dua depan).

Penjualan Huawei Nova 2i yang mendapat sambutan memberansangkan seluruh negara telah mendorong pihak Huawei untuk mengemas kini telefon ini kepada lebih baik dengan memperkenalkan ciri Face Unlock dan AR Lens. Dua ciri ini sekaligus dapat memudahkan para pengguna Huawei Nova 2i sedia ada.

Face Unlock ialah satu ciri keselamatan yang intuitif membolehkan pengguna membuka peranti menerusi imbasan wajah. Ini lebih dikenali sebagai pengecaman wajah yang terdapat pada kebanyakan telefon pintar masa kini. Pengguna juga akan berasa kagum dengan kepantasan Face Unlock kerana sistem yang dibangunkan ini mampu merakam 1000 titik tekstur di bahagian muka.

 

Sementara itu, Huawei juga telah memasukkan ciri AR Lens ke dalam aplikasi kamera yang boleh didapati di dalam kemas kini terbaru ini. Pengguna kini boleh merakam gambar swafoto lebih ceria dengan adanya animasi kartun disamping latar belakang tempat-tempat menarik. Fungsi ini secara tidak langsung memberi pengguna pengalaman AR dalam masa sama menghilangkan rasa bosan pada aplikasi kamera sedia ada.

Kedua-dua ciri ini boleh diperolehi melalui kemas kini terbaru di halaman Settings > System Updates > Downloads terus secara OTA (over-the-air) untuk semua pengguna Huawei Nova 2i di Malaysia.

You might also like