
realme Malaysia sekali lagi mencatatakan kejayaan besar apabila diumumkan sebagai antara brand dengan angka jualan tertinggi dari segi unit terjual – menduduki tangga kedua. Kejayaan ini dicapai hasil sokongan tidak berbelah bahagi peminat setia yang berpusu-pusu untuk mendapatkan peranti idaman mereka sepanjang promosi Lazada Lunar New Year Sale pada 13 – 15 Januari lepas.

Lebih mengujakan lagi, realme X2 Pro Master Edition Red Brick muncul secara eksklusif untuk kali pertama di platform dalam talian dan dikatakan habis terjual! Di samping itu, realme 5 Pro juga mencatatkan jualan yang memberangsangkan dengan bilangan unit terjual mengejutkan. Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan realme menang lagi!


Brand Manager realme Malaysia, Tiffany Teh berkata Tahun Baru Cina merupakan perayaan istimewa bersama keluarga, sahabat dan orang yang tersayang. Selaras dengan visi realme, pihaknya ingin memastikan semua orang boleh mendapatkan hadiah sempurna dengan harga terbaik dan tawaran percuma menarik. Katanya lagi, mereka akan terus memberi yang terbaik pada masa akan demi kepuasan peminat setia.
Apa? realme Malaysia Ada Kejutan Lagi?

Yes! realme Malaysia ada 2 kejutan buat korang bersempena memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina ini. Pertama! Beli realme 5i (RM599) dan korang boleh dapatkan hadiah eksklusif CNY secara percuma – bermula 28 Januari 2020, jam 12 pagi. Kedua! Korang juga boleh miliki realme Buds Air dengan hanya RM199 (Harga Asal : RM299) pada 21 Januari 2020 – PROMOSI SEHARI SAHAJA!

