Samsung Galaxy S20 Ultra Bakal Sokong 100x Zum?!

Siri Samsung Galaxy S20 akan dilancarkan pada 11 Februari 2020, spesifikasi penuh telah pun terdedah sebelum ini walaupun masih tidak dapat dikenalpasti lagi kesahihannya. Namun, pendedahan bagi siri Galaxy S20 tetap panas dan terkini Galaxy S20 Ultra diperlihatkan bakal hadir dengan sokongan zum sebanyak 100x.

Seperti yang dapat dilihat dari gambar yang dikongskan oleh Ishan Agarwal, Galaxy S20 Ultra dilengkapi dengan 4 kamera dan salah satunya adalah lensa periscope. Sebelah modul lensa periscope jelas menunjukkan bahawa ia menyokong 100x zum, menjadikan Galaxy S20 Ultra 5G sebuah peranti pintar yang mempunyai kuasa zum paling padu di pasaran.

Sebelum ini terdapat banyak maklumat tertiris mengenai Galaxy S20 Ultra, termasuk paparan skrin 6.9 inci AMOLED dengan nisbah 20:9 yang menyokong kadar segar semula 120Hz, mungkin disediakan 2 pilihan cip pemproses sama ada Snapdragon 865 atau Exynos 990, serta memori dalaman sehingga 16GB RAM + 512GB ROM bersama sokongan memori tambahan sehingga 1TB microSD.

Adakah semua ini akan menjadi kenyataan pada masa perlancaran nanti, kita sedia menunggu hari perasmian pada 11 Februari 2020.

[ SUMBER ]

______________________

BACA JUGA:

 

 

You might also like