[TERTIRIS] : Reka Bentuk Kamera Belakang Samsung Galaxy S20+ Bocor – Sokong Empat Lensa Utama?

Beberapa ura-ura sebelum ini mendakwa Samsung bakal muncul dengan peranti model siri Galaxy S yang seterusnya pada awal Februari kelak. Pun begitu, masih belum dapat dipastikan lagi sama ada ia bakal muncul sebagai siri Galaxy S11 ataupun siri Galaxy S20. Pun begitu, maklumat tertiris mengenainya telah banyak muncul di media sosial.

Terkini muncul pula maklumat tertiris mendedahkan bagaimana persediaan kamera belakang untuk Samsung Galaxy S11+/S20+ bakal kelihatan. Memetik imej yang dikongsi oleh Steve Hemmerstoffer aka OnLeaks, model kali ini bakal menerima peningkatan lebih segar untuk persediaan kamera belakang.

Memetik imej dikongsi, ia menunjukkan model kali ini bakal mempunyai empat kamera utama dan bukan lima. Salah satu daripanya kelihatan seperti lensa zoom periscope – berdasarkan pada bentuk lensa. Jika ianya benar, kita mungkin dapat mengharapkan beberapa ciri zoom yang hebat pada model kali ini.

Terdahulu, terdapat khabar angin mendedahkan Samsung Galaxy S11+/S20+ dikatakan mempunyai lensa utama sebesar 108MP – ia dikatakan berbeza dengan lensa pada Xiaomi Mi Note 10. Ia juga dilaporkan bakal membawakan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh.

[SUMBER


Artikel Berkaitan :

You might also like