
[Ura-Ura] : Samsung Galaxy S11+ Mungkin Dibekalkan Dengan Bateri Berkapasiti Besar – 5,000mAh!
Semakin hari, makin banyak kita disajikan dengan ketirisan maklumat mengenai Samsung Galaxy S11. Kalau sebelum ini, rekaan dan gambar acah peranti ini dikatakan tersebar meluas, terkini maklumat mengenai kapasiti bateri yang bakal disertakan pula menjadi bualan ramai.

Jika ura-ura ini benar, ternyata ia bakal menggembirakan ramai pihak kerana Samsung Galaxy S11+ dikatakan bakal disertakan bateri sebesar 5,000mAh – ini bermakna hampir 20% peningkatan dalam kapasiti bateri. Seterusnya, Samsung Galaxy S11e pula bakal dilengkapi bateri sebesar 3,730 mAh dan Samsung Galaxy S11 pula akan dilengkapi bateri 4,500 mAh.

Memetik sumber lagi, bateri ini akan dipadukan dengan penggunaan skrin 120Hz dan sokongan 5G yang bantu dalam ketahanan bateri. Difahamkan juga, bateri ini bakal dihasilkan oleh pesaing mereka, LG Chem. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Jadi, apa kata korang? Kongsikan dengan kami!

