HONOR View20 Terjual Lebih 1,000 Unit Sepanjang Jerayawara Jualan Pertama!

HONOR nampaknya terus meraih kejayaan demi kejayaan apabila mengumumkan bahawa model terbaharu, HONOR View20 berjaya terjual lebih daripada 1,000 unit sepanjang roadshow jualan pertamanya di 1 Utama hujung minggu lalu – 26 dan 27 Januari 2019.

[BACA : Jerayawara Jualan Pertama HONOR View20 Terima Sambutan Luar Biasa! ]

Kejayaan ini amat jelas menunjukkan kehebatan pada model tersebut berjaya menarik perhatian ramai. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan teknologi canggih pada model ini mungkin kita tidak dapat lihat dalam peranti lain.

Bagi yang berminat, telefon ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sapphire Blue & Midnight Black untuk versi 6GB + 128GB pada harga RM1,999, manakala Phantom Blue untuk versi Moschino 8GB + 256GB pada harga RM2,499.

Tidak ketinggalan, HONOR 10 Lite (Shiny Red dan Sapphire Blue : 3+64GB) turut mendapat perhatian sepanjang roadshow berlangsung. Ia dijual pada harga RM799 dan 1,000 pembeli terawal telah menerima sejumlah hadiah istimewa : HONOR Band 4 Running, HONOR Water Bottle edisi terhad dan pembersih udara.

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like