

Siapa yang tidak kenal dengan jenama gaming keluaran ASUS iaitu Republic of Gamer (ROG). Baru-baru ini mereka telah melancarkan peranti gaming terbaharu iaitu ASUS ROG Strix SCAR II. Disertakan dengan kad grafik terbaharu, NVIDIA GeForce RTX2070 pastinya memberikan 1 nafas baharu kepada komputer riba ini.
Peranti ini menjanjikan kepuasan bermain game sama seperti model yang terdahulu malahan lebih baik lagi. Kami telah mencuba komputer ini, dan berikut merupakan ulasan kami terhadap komputer ini.
Harga Jualan:
Strix SCAR II 17.3 Inci
- RM9,299 (NVIDIA GeForce RTX2070) / RM6,999 (NVIDIA GeForce RTX2060)
Srix SCAR II 15.6 inci
- RM8,999 (NVIDIA GeForce RTX2070)
Strix Hero II 15.6 inci
- RM6,499 (NVIDIA GeForce RTX2060)
Pakej Pembelian

Di dalam kotak pembelian, ia disertakan dengan ASUS ROG Strix SCAR II, adapter pengecasan, manual penggunaan dan mechanical sculpture.
Revolusi Dalam Rekaan
Jika dilihat dari rekaan luarannya, ia tampak mengagumkan. Ia disertakan dengan rekaan yang moden dan logo ROG pada bahagian belakang komputer.
Di bahagian sebelah kiri disediakan port pengecasan, RJ-45 jack, mDP1.2, HDMI 2.0b, 2 port USB 3.1, 1 port USB 3.1 type-C, dan 3.5 audio jack.
Di bahagian sebelah kanan pula disertakan dengan SD card reader, 1 port USB 3.1 dan Kensington Lock.
Bagi kamera pula, ia diletakkan di bawah skrin di bahagian sebelah kanan.
Dari aspek paparan pula adalah sangat memuaskan kerana ia disertakan dengan 144Hz dan paparan bezel yang sangat kecil dengan 3ms GTG masa respond.
Jadi tidak hairanlah sepanjang kami menggunakan komputer ini, ia terasa sangat puas menonton pada paparan skrinnya.
Spesifikasi Di Tahap Terunggul

Keupayaan ROG Strix SCAR II ini tidak boleh disangkal lagi. Disertakan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX2070 pastinya merupakan antara ciri-ciri yang mengagumkan yang terdapat pada komputer ini. Berikut merupakan spesifikasi bagi komputer riba ini.
| ASUS ROG Strix SCAR II | |
| CPU | Intel® Core™ i7-8750H |
| Memori | DDR4 2666 16G |
| Storan | PCIE NVME 512G M.2 SSD |
| GPU | NVIDIA GeForce RTX2070 |
| VRAM | GDDR6 8GB |
| OS | Windows 10 Home (64bit) |
| Saiz LCD | 17.3″ FHD/ IPS Level/ 144hz/ 3ms/ 100% sRGB//Anti-glare |
| Bateri | 66WHrs, 4S1P, 4-cell Li-ion |
| RAM Slot | 2 |
Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX2070 Di Tahap Berbeza
Apa yang pasti komputer ini adalah lebih berkuasa dari yang sebelum ini, ia disertakan dengan generasi ke-8 pemproses Intel Core dengan 32GB dari memori DDR4. Namun apa yang menarik minat kami sepanjang menggunakan komputer ini, adalah kad grafiknya kerana ia menggunakan NVIDIA GeForce RTX2070 dengan 8GB VRAM yang memberikan kesan grafik yang sangat kemas dan terbaik. Perincian grafik ketika bermain game adalah sangat teliti dan kemas.

Storan bagi komputer ini juga berada di kelas tersendiri kerana ia sangat pantas dan disertakan dengan 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD. Jadi ia mampu memberikan anda prestasi yang terbaik. Jadi tidak hairanlah ketika bermain game yang berat seperti League of Legend, grafiknya berada pada tahap terbaik tanpa ada sebarang lag.

Disertakan sekali dengan Real-Time Ray Tracing, kecerdasan buatan dan programable shading pastinya memberikan kepada pengguna paparan yang seakan benar atau lebih dikenali sebagai realism. NVIDIA Turing merupakan GPU pertama yang berupaya untuk melakukan Real-Time Ray Tracing.
Kepuasan Audio Pada Speaker Yang Menakjubkan

Sepanjang menggunakan peranti ini, ia memberikan bunyi yang sangat jelas, lebih kuat dan audio yang lebih tepat daripada speaker. Smart-amplifier technology monitors memantau output audio dan anda boleh membuat pelarasan, jadi anda boleh menguatkan kelantangan tanpa perlu bimbang ia akan menjejaskan speakernya.

Justeru tidak hairanlah peranti ini adalah 200% lebih kuat berbanding sebelum ini. Hal ini ekoran daripada Sonic Studio III menyediakan kualiti yang tinggi ketika bermain game, bunyi yang mengagumkan bagi headphone anda. Ia juga telah memperbaiki rakaman audio dan mengurangkan noice.
Daya Tahan Bateri
Komputer ini disertakan dengan 66WHrs, 4S1P, 4cell Li-ion, pastinya mampu memberikan pengalaman bermain game tanpa gangguan seperti kehabisan bateri. Hal ini kerana ia mampu untuk bertahan lama ketika bermain permainan League of Legend, tambahan lagi ia juga boleh mengecas dengan sangat pantas.


Kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas komputer ini ketika baterinya berada pada 7% dan masa mula mengecas adalah 9.33 pagi. Setelah bateri mencapai 100%, masa yang diambil untuk mengecas penuh adalah 2 jam 50 minit iaitu pada jam 12.21 tengah hari.
Sistem Penyejukkan Yang Efisen
Sepanjang bermain menggunakan komputer ini berjam-jam lamanya adalah sangat menyenangkan tanpa perlu bimbang komputer berada dalam keadaan panas. Disertakan dengan Sistem HyperCool Pro thermal memungkinkan perkara ini. Terdapat cooling plate yang disambung untuk menyebarkan haba secara merata.

Ia turut dilengkapi dengan kipas 12V yang berprestasi tinggi yang memberikan aliran udara yang lebih baik dan mempertingkatkan tekanan udara untuk memastikan kestabilan sistem walaupun dibawah bebanan yang tinggi.
Ciri-Ciri Menarik
Komputer ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri menarik yang berfungsi untuk memberikan kepuasan maksima kepada pengguna.
#ARMOURY CRATE
Bagi memudahkan pengguna, komputer ini turut disertakan dengan ARMOURY CRATE yang merupakan Gaming Center control panel. Ia mempunyai antara muka yang membenarkan anda untuk mengawal dan memantau tetapan sistem dan kelajuan kipas. Anda boleh menyambung Armoury Crate dengan telefon anda menerusi imbasan kod QR.


#Aura Sync
Ini merupakan satu ciri yang menarik, teknologi Aura Sync memberikan pengguna perasaan dan keseronokan ketika menggunakan peranti ini.

Padanan pada warna logo ROG, papan kekunci dan light bar pada Stric SCAR II memberikan satu perspektif baharu kepada pengguna, dan ia amat mudah untuk diakses dengan hanya menggunakan Aura control panel.

#Teknologi Rangeboost
Anda pastinya pernah mengalami situasi di mana ketika anda sedang asyik melayari internet atau bermain game, gangguan Internet tiba-tiba berlaku. Justeru, komputer ini dilengkapi dengan teknologi Rangeboost yang dilengkapi dengan multi-antena WiFi sehingga 30% lebih julat, dan mengurangkan kadar penurunan rangkaian.

Ia turut menggabungkan 4 antena yang terletak di bahagian depan dan belakang disertakan dengan algoritma yang sentiasa mengimbas keadaan sekeliling dan memilih pasangan antena yang sesuai untuk menutup ‘dead spot’ masing-masing. Implikasinya menghasilkan signal yang paling kuat.
Ujian Benchmark
Bagi menguji prestasi komputer riba ini, kami telah menggunakan UserBenchmark dan CrystalDisk 6. Hasil daripada keputusan ini memperlihatkan bahawa komputer riba ini tidak mengalami sebarang masalah dalam menyediakan prestasi yang terbaik ketika bermain game ataupun melakukan kerja-kerja lain. Grafik bagi komputer riba ini juga memang terbaik.
#Keputusan Ujian UserBechmark




#Keputusan Ujian CrystalDiskMark

Kebaikan
- Kesan grafik yang sangat kemas dan mempersonakan hasil daripada kad grafik baharu iaitu NVIDIA GeForce RTX2070.
- Sistem audio yang terbaik yang mampu memberikan kesan ketika bermain game.
- Bateri yang mampu bertahan lama dan dicas dengan pantas menyebabkan tiada sebarang gangguan bateri ketika bermain game.
- Kawalan papan kekunci yang sangat selesa dan mudah ketika bermain game.
- Pemantauan sistem komputer yang mudah dilakukan menerusi Armoury Crate.
Kekurangan
- Komputer riba ini agak berat untuk di bawa kemana sahaja walaupun terdapat pengurangan berbanding model terdahulu.
- Kedudukan kamera yang berada di bawah skrin dilihat tidak sesuai kerana agak sukar untuk menetapkan kedudukan ketika menggunakan kamera tersebut.
Ulasan Akhir…
Komputer ini merupakan antara yang terbaik bagi komputer gaming, disertakan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX2070 pastinya memberikan kesan grafik yang terbaik ketika bermain game. Disokong oleh sistem audio yang mempersona juga membuatkan pengalaman gaming anda berada pada tahap yang berbeza.

Bateri komputer ini juga mampu bertahan lama dan dicas dengan sangat pantas. Proses pemantauan komputer ketika bermain game juga mudah dilakukan dengan menggunakan Armoury Crate.
_________________________
Baca Juga:
- ASUS Perkenal ROG Strix SCAR II Dan ROG Strix Hero II, Disertakan Dengan NVIDIA…
- CES 2019: ASUS Melancarkan ROG Zephyrus S GX701 – Laptop Gaming Dengan Saiz Bezel…
- CES 2019: ASUS Memperlihatkan ROG Mothership – Komputer Riba Dengan Reka Bentuk Inovatif
- ASUS ROG Zephyrus S Dan ROG Strix SCAR II Dijual Pada Harga RM7999 Dan…
- Reviu Eksklusif: Permainan Game Dengan ASUS ROG Phone Di Tahap Maksima

