
Rekaan Samsung A52 5G Terdedah?? Hadir Dengan Sistem 4 Kamera?
Pada ramai peminat Samsung teruja melihat imej yang tertiris bagi peranti yang bakal tiba iaitu Samsung Galaxy A52 5G!!!

Menerusi imej yang didedahkan oleh OnLeaks ini, ia lebih kurang dengan rekaan peranti android yang lain. Kamera disusun di dalam kotak segi empat. Menariknya ia hadir dengan sistem 4 kamera yang mana lensa utama adalah 64MP.
Panel belakang peranti ini dikatakan diperbuat daripada plastik dan dihadirkan dengan kemasan logam.
Belum lagi dapat dipastikan spesfikasinya, namun ia dikatakan bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.5″, pemproses Snapdragon 750G.

