
Setelah berbulan-bulan bakat-bakat yang inovatif di seluruh Malaysia bekerja keras diikuti dengan pembentangan prototaip penyelesaian oleh finalis kepada panel hakim, tiga pasukan teratas Maxis IoT Challenge 2020 telah diumumkan! Selain daripada hadiah wang tunai, para pemenang juga berpeluang untuk menjadi antara pemaju pertama untuk mencuba dan mengkomersialkan penyelesaian 5G mereka di sekitar pengalaman runcit yang imersif dan keselamatan perbandaran, dan seterusnya membantu mempercepatkan pelancaran penyelesaian tersebut ke pasaran.

Dilancarkan pada 4 September dengan tema, Transforming Industry Challenges Today to Business Opportunities Tomorrow, edisi kedua pentandingan ini adalah sebahagian daripada kerjasama berterusan Maxis dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan kolaborator industri untuk mempromosikan pembangunan ekosistem IoT penyelesaian 5G, seterusnya memacu ekonomi digital negara. Ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif pelbagai Maxis dengan MDEC untuk memupuk inovasi di kalangan semua rakyat Malaysia dan mendorong komuniti firma baru di negara ini.
Di samping itu, dua pasukan finalis – Virtual X dan KMSB – turut dinobatkan sebagai Aplikasi yang Dibangunkan Terbaik dengan hadiah wang tunai RM1,000 setiap satu, dan satu peranti Microsoft Surface Pro 7, ditaja oleh Microsoft. Sementara itu, untuk menghargai penyertaan mereka, 13 pasukan finalis masing-masing menerima dua pelan Maxis Postpaid 98 (mereka juga boleh memilih pelan perniagaan) dengan langganan percuma selama 12 bulan untuk kedua-duanya.
Menjelang Hari Pembentangan pada bulan Oktober, para finalis memulakan sesi bengkel yang mencabar untuk menambahbaikkan lagi cadangan penyelesaian mereka dengan konsep penggunaan seni bina menggunakan 5G. Mereka kemudian menyampaikan idea dan prototaip mereka kepada panel hakim industri dari MDEC, Gamuda Land, Proton, PETRONAS TipTop dan Maxis.
Memanfaatkan platform Komunikasi Bersatu Maxis (UC), keseluruhan kempen – dari bengkel hingga Hari Pembentangan – dijalankan secara maya, yang membolehkan para peserta, kolaborator industri dan hakim untuk saling berhubung dari jauh.

