Facebook Menghalang Pencuri Gambar Profil – Ciri Baru Bagi Membanteras Penipuan

Facebook telah memperkenalkan ciri baru ini kepada pengguna di India, di mana ia menghalang gambar profil seseorang individu daripada dimuat turun atau bahasa yang lebih mudah ialah dicuri tanpa pengetahuan pemiliknya. Facebook mengambil langkah ini bagi mengelakkan kejadian penipuan atau kewujudan akaun palsu. Seperti yang diketahui, ramai pengguna Facebook telah menjadi mangsa kepada individu tidak bertanggungjawab ini.

Selain itu, fungsi screenshot telah dinyahaktifkan apabila pengguna membukanya melalui aplikasi Facebook di Android. Di samping itu, rakan yang bukan didalam senarai tidak lagi boleh tag nama mereka pada gambar anda, justeru gambar pemilik akaun akan kekal dilindungi daripada anasir luar. Sistem keselamatan ini boleh dilihat melalui bingkai biru yang terdapat di sekeliling gambar profil.

Buat masa ini, ciri ini hanya terdapat di India, malah Facebook juga bercadang untuk memperkenalkannya di negara lain.

You might also like