
Whatsapp Mungkin Menambah Ciri Baru Change Number & Live Location Pada Kemaskini Akan Datang?!
Aplikasi mesej dan chat popular WhatsApp dikhabarkan akan memperkenalkan ciri-ciri tambahan seperti Change Number, iaitu membolehkan anda menukar nombor tanpa kehilangan perbualan sebelumnya termasuk maklumat di dalam group. Selain itu, anda juga boleh memberitahu sesiapa sahaja di dalam kontak, atau bukan dari kontak bahawa anda sudah menukar nombor, ianya tidak akan aktif selepas dikemaskini melainkan anda mengubahnya di tetapan mengikut pilihan anda.

Ciri-ciri Live Location pula telah diperkenalkan di versi 2.17.150 Beta yang membolehkan anda berkongsi lokasi tetapi maklumat selanjutnya mengenai ciri-ciri ini tidak dapat dikenalpasti. Terdahulu, ciri seperti berkongsi lokasi baru sahaja dilancarkan di Google Maps, kemungkinan ciri yang sama juga akan ada pada Whatsapp nanti.

Perlu diingatkan bahawa WhatsApp kerap menguji ciri-ciri baru sebelum mereka mengeluarkan kepada versi yang stabil. Adakah anda fikir penambahan baru akan berguna jika ia ditambah dalam aplikasi WhatApp pada masa depan?