Diskaun 50% Bagi Model Nubia M2 Lite Untuk Masa Terhad

Kepada anda yang sedang mencari sebuah telefon pintar baru, apa kata anda pilih sahaja model Nubia M2 Lite ini. Selain menawarkan storan 64GB, peranti ini telah menerima potongan harga sehingga 50% menjadikan harganya RM499 berbanding harga asal RM999. Tetapi anda perlu cepat kerana masanya terhad.

Hadir dengan dua dua pilihan warna iaitu Hitam dan Emas, telefon pintar ini dijual menerusi kedai atas Nubia Malaysia di Shopee. Setakat artikel ini dikeluarkan, sebanyak 13 unit berwarna hitam dan 11 unit berwarna emas masih terdapat di Shopee. Selain itu, ia juga boleh dibeli menerusi laman rasmi Nubia Malaysia.

Nubia M2 Lite memiliki spesifikasi seperti paparan 5.5 inci dengan gelas 2.5D darjah, pemproses MediaTek Helio P10 dan digandingkan bersama RAM 4GB serta storan 64GB. Peranti ini menyokong bateri 3,000mAh dan kamera 13 Megapiksel f/2.2 di bahagian belakang, manakala kamera depan 16 Megapiksel f/2.0 menggunakan lensa sudut lebar 80 darjah.

You might also like