Polis China Guna Kaca Mata Pintar Untuk Kesan Penjenayah

Anggota polis China kini menggunakan kaca mata pintar seakan Google Glass untuk mengesan individu yang bersalah. Difahamkan kaca mata itu dilengkapi teknologi pengecaman wajah untuk mengenalpasti rakyat China yang cuba untuk memalsukan pengenalan diri.

Sepanjang penggunaan peranti tersebut, pihak polis China telah menahan seramai 26 individu bersalah semasa mereka melakukan perjalanan menggunakan pengangkutan awam.

Kaca mata ciptaan syarikat LLVision Technology Co. berupaya membaca bentuk wajah manusia menerusi kamera yang diletakkan di sebelah kanan mata. Sistem integrasi mampu menyemak 10,000 senarai identiti pada kelajuan 100 milisaat.

Tidak seperti kaca mata pintar lain yang menggunakan pengkalan data pada storan awan, peranti ini pula memerlukan sambungan kepada sebuah telefon pintar. Menurut sumber, bulan lalu pasukan polis di sana telah menggunakan peranti ini secara meluas di wilayah Xinjiang yang rata-rata penduduknya beragama Islam.

Setakat artikel ini ditulis, kerajaan China sedang membangunkan pengkalan data pengecaman wajah untuk 1.3 bilion penduduknya.

Sumber

You might also like