
Navigasi menggunakan aplikasi GPS menjadi satu keperluan pemandu di Malaysia masa kini, tetapi jika tiada Internet yang pantas macam mana? Usah risau jika anda pengguna U Mobile, kerana mereka baru sahaja mengumumkan tiada caj data yang akan dikenakan untuk penggunaan aplikasi Waze.
Waze adalah satu aplikasi navigasi yang menjadi pilihan ramai, tetapi ia memerlukan Internet untuk berfungsi. Tawaran daripada U Mobile ini adalah satu lagi promosi yang tidak pernah ada di Malaysia sebelum ini. Promosi data Waze percuma ini layak untuk semua pengguna pascabayar dan prabayar UMI. Pengguna pelan Broadband MB40 & MB68 juga layak menerimanya tetapi promosi ini hanya berjalan bermula 19 April 2016 sehingga 31 Disember 2016 sahaja.
Jika anda tidak pernah menggunakan Waze dan mahu mencubanya, boleh memuat turun secara percuma di Android, iOS dan Windows Phone.


