Computex 2019: ASUS Perkenal Siri AMD 570 Motherboard, Pamer Prestasi Yang Menakjubkan

AMD telah mengumumkan kehadiran cip pemprosesan AMD Ryzen generasi ke-3 dalam pembentangan mereka di Computex 2019. Ia merupakan cip pemprosesan bagi desktop yang kini dilengkapi dengan “Zen 2” yang meningkatkan teras pemprosesan sehingga 12 teras menerusi cip pemprosesan Ryzen 9 3900X.

Kini, barisan model ASUS ROG berdasarkan cip set X570 kini telah bersedia yang mana sesuai untuk pelbagai lapisan. Hal ini termasuklah iri ROG Crosshair VIII, Crosshair VIII Hero (Wi-Fi) dan Impak Crosshair VIII.

Selain daripada itu, Siri ASUS X570 pula adalah termasuk Pro WS X570-ACE, Prime X570-PRO dan Prime X570-P. Siri TUF Gaming X570 mempunyai TUF Gaming X570-PLUS dan TUF Gaming X570-PLUS dengan Wi-Fi. Tambahan lagi, ROG Strix Gaming siri juga termasuklah Strix X570-E, Strix X570-F dan Strix X570-I motherboards.

Untuk pengetahuan, Papan ROG X570 dihadirkan dengan litar kuasa yang dinaik taraf dengan lebih banyak peringkat kuasa, penyejukan aktif yang cekap, teknologi eksklusif OptiMem disertakan dengan rangsangan tambahan bagi papan ROG generasi ini serta Wi-Fi 6 (802.11ax).

Dalam pada itu, bagi ASUS Prime X299 Edisi 30 pula, ia dapat mengekalkan output kuasa yang mengejutkan dan memaksimumkan pelesapan termal untuk overclocking.

 

** Terima kasih atas Tajaan ASUS Malaysia ke Computex 2019

 

You might also like