Google Kini Boleh Mengenal Pasti Kandungan Video

Google sememangnya cukup hebat di dalam bidang teknologi, terutamanya di dalam ekosistem Internet. Bayangkan sahaja terma “carian” kini digantikan dengan “Google” oleh majoriti pengguna masa sekarang. “Nak makan kat mana?” “Try Google restoran yang best kat area sini”, contoh perbualan tersebut jelas menunjukkan betapa hebatnya Google di dalam memudahkan hidup pengguna di dalam pencarian maklumat.

Namun Google tidak selesa berada di situ sahaja, terbaru mereka telah melakukan demonstrasi di mana kini servis Google sedang bersiap sedia untuk membolehkan pengguna mengenal pasti isi kandungan video. “Video Intelligence API”  yang didemonstrasikan ini telah mengagumkan hadirin yang menontonnya. Menggunakan sebuah video komersial yang singkat, API tersebut telah mengenal pasti isi kandungan video dan menyenaraikan informasi tersebut untuk pengguna.

You might also like