
Lenovo Mobile Malaysia hari ini telah mengumumkan akan membawa model terbarunya dari siri G yang diberi nama Moto G5S Plus di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Menawarkan spesifikasi yang menarik, ia menampilkan paparan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD penuh, sokong Snapdragon 625, memori 3GB serta storan 32GB. Lensa penggambaran pula mengikut trend terkini, di mana hadir dengan dwi kamera beresolusi 13 MP + 13 MP serta kamera hadapan beresolusi 8 MP menyediakan mod Beauty.

Apa yang menariknya telefon pintar ini, ia menyokong Android 7.1.1 Nougat dengan paparan antaramuka asal Android. Lenovo juga memberitahu, kemas kini Android 8.0 Oreo untuk peranti ini juga akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Buat masa sekarang harga Moto G5S Plus masih belum diumumkan. Tetapi menurut Lenovo Mobile Malaysia, harga jualannya lebih murah dari harga pengenalan Moto G5 Plus yang diperkenalkan pada awal tahun ini. Jangan lupa ikuti eRing untuk info terkini Moto G5S Plus!



