

Kita sedia maklum yang OPPO akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka kepada umum. Oleh itu, hari ini OPPO F5 telah diumumkan dengan menampilkan beberapa ciri terbaru.
Sebelum ini peranti OPPO yang ramai ketahui mempunyai butang utama di bahagian depan tetapi dengan OPPO F5 rekaan lebih kemas menggunakan skrin bersaiz 6 inci dengan paparan 18:9 beresolusi 1080 x 2160px.

Di panel depan terdapat kamera swafoto 20 Megapiksel f/2.0 menerusi sensor besar 1/2.8-inci. Sementara kamera belakang pula dilengkapi sensor 16 Megapiksel f/1.8. Kedua-dua kamera ini kini disokong pemprosesan imej AI Beauty untuk penggambaran yang lebih menarik selain Potrait Mode boleh digunakan pada kamera swafoto.
Melengkapkan ciri-ciri sebuah telefon pintar, OPPO F5 dimuatkan dengan pemproses Helio P23 Octa-core Cortex A53, RAM 4GB atau 6GB, dan storan 32GB atau 64GB. Manakala untuk sistem keselamatan, pengimbas cap jari pantas diletakkan di sebalik bateri 3,200mAh.

Buat masa ini, OPPO F5 diumumkan di Filipina pada harga PHP15,990 (RM1,309) dan untuk pasaran Malaysia ia akan dilancarkan pada 2 November kelak.

