

OPPO hari ini berkongsi gambar teaser dimana mereka akan memperkenalkan peranti serba baru ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Masih lagi mengekalkan watak sebagai telefon pintar selfie, ia diberi nama OPPO F5.
Spesifikasi yang mungkin hadir ialah paparan bersaiz 6 inci, kamera utama 20 Megapiksel, kamera depan berkembar 12 Megapiksel, pemproses Snapdragon, RAM 6GB, storan 64GB, dan bateri sebesar 4,000mAh.
Buat masa ini, OPPO hanya mengesahkan peranti ini akan disertakan skrin hampir penuh bersama rekaan kerangka yang mengikut trend semasa.
Pihak OPPO masih belum mendedahkan tarikh pelancaranya tetapi ia akan bertemu pengguna Malaysia tidak lama lagi. Anda boleh mengikuti perkembangannya di Facebook OPPO Malaysia.

