Tempah Apple Watch Series 3 Pada Harga RM1,549 Bermula 20 Oktober 2017

Bukan setakat iPhone 8 dan iPhone X dibawa ke pasaran Malaysia, Apple Watch Series 3 juga akan ikut bersama. Ini secara tidak langsung akan menggantikan Apple Watch Series 2 yang sudah dihentikan pengeluarannya.

Ia ditawarkan dalam dua model iaitu Apple Watch Series 3 dan Apple Watch Seires 3 Nike+ dengan dua varian 32mm dan 42mm pada harga yang berbeza. Untuk saiz yang kecil, ia dijual dengan harga RM1,549 sementara yang besar pada harga RM1,699 seutas.

Kedua-dua jam pintar ini hadir dengan peningkatan spesifikasi seperti kerangka yang lebih tahan lasak, sensor bacaan yang dinaik taraf serta bateri yang tahan lebih lama. Sambungan GPS juga lebih pantas dengan cip W2 serta pemproses dwi-teras.

Kedua-dua jam pintar ini boleh mula di pra-tempah 20 Oktober depan manakala, Apple Watch Series 1 boleh didapati pada harga RM1,149 di kebanyakan pengedar sah seluruh Malaysia.

You might also like