Apple Watch Series 2: Peningkatan Spesifikasi dalam Rekaan yang Sama

967

Apple Watch Series 2Pada acara WWDC yang berlangsung pada Jun 2016 yang lalu telahpun memperlihatkan pendedahan pertama platform terbaru untuk Apple Watch dengan kemas kini watchOS 3 yang menawarkan pelbagai fungsi terbaru yang lebih menarik.

Genap setahun selepas kemunculan sulung Apple Watch generasi pertama, kini tiba masanya untuk ia digantikan dengan generasi kedua smartwatch keluaran Apple dengan kehadiran Apple Watch Series 2. Mungkin rekaan fizikalnya kelihatan sama sahaja seperti model sebelum ini, tetapi apa yang pasti Apple Watch Series 2 ini telah menerima sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan.

Apple Watch Sokong Permainan Pokemon Go

Populariti serta fenomena luar biasa permainan Pokemon Go sudah tidak dapat disangkal lagi apabila ia telah dimuat turun lebih dari 500 juta kali di seluruh dunia sejak Julai yang lalu. Malah menurut laporan daripada Niantic Inc, pemain Pokemon Go di seluruh dunia telah mencatatkan jarak berjalan keseluruhan mencapai 4.6 bilion kilometer, dan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan impak permainan tersebut dalam mendorong pemain untuk menjalani gaya hidup sihat.pic 1

Menyedari akan pengaruh besar permainan tersebut, Niantic telah mengesahkan kehadiran Pokemon Go pada Apple Watch tidak lama lagi. Dengan Apple Watch, pemain boleh terus memainkan permainan ini dengan lebih baik dan lebih selamat. Sebagai contoh, anda masih boleh berjoging seperti biasa dan dalam masa yang sama boleh memantau status telur Pokemon, status Trainer, melihat sekiranya terdapat Pokemon berdekatan, dan juga menerima notifikasi Pokestop berhampiran.

Apple Watch Edition Tampil Dalam Kemasan Seramik

Sebagaimana generasi pertama, Apple Watch Series 2 telah diperkenalkan dalam dua pilihan kemasan berbeza iaitu Aluminium dan juga Stainless Steel. Namun begitu, Apple nampaknya telah memperkenalkan satu lagi kemasan baru untuk Apple Watch Series 2 dengan kemunculan siri Apple Watch Edition yang mana kerangkanya diperbuat daripada Seramik. Tampil dalam kemasan berwarna putih berkilat yang kelihatan sangat elegan, penggunaan Seramik juga sebenarnya turut menjanjikan ketahanan 4x lebih baik jika dibandingkan dengan Stainless Steel.pic 2.1 pic 2.2

Dua Edisi Khas Apple Watch Series 2 Diperkenalkan

Selain Apple Watch Series 2, Apple turut berkolaborasi dengan jenama Hermes dan juga Nike dalam memperkenalkan dua lagi model eksklusif dengan kehadiran model Apple Watch Hermes dan juga Apple Watch Nike+. Selain daripada menampilkan penggunaan kemasan kerangka yang lebih menarik, ia juga turut menerima rekaan tali jam yang eksklusif daripada kedua-dua jenama tersebut. Tidak cukup dengan itu, Apple Watch edisi khas ini juga telah menerima sentuhan unik pada persembahan keseluruhan antaramuka jam.

Apple Watch Hermes
Apple Watch Hermes
Apple Watch Nike+
Apple Watch Nike+