
Apple Watch Series 2: Ciri-Ciri Menarik
Walaupun Apple Watch Series 2 hadir dengan rekaan fizikal yang kelihatan sama sahaja seperti model sebelum ini, tetapi peranti ini telah menerima sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan seperti berikut:-
CIRI-CIRI MENARIK APPLE WATCH SERIES 2
#1. Apple Watch Series 2 Kalis Air
Apple Watch generasi pertama sebelum ini hanya setakat menyokong fungsi kalis percikan air, yang mana ianya tidak berhadapan dengan masalah untuk digunakan ketika hujan. Namun begitu, Apple Watch Series 2 telah diperbaiki fungsinya dengan sokongan kalis air yang membolehkan ia dipakai ketika berenang ataupun mahupun pada kedalaman maksimum sehingga 50 meter di dalam air. 
Keupayaan ini berjaya dicapai melalui penggunaan sekatan dan juga pelekat khas di dalam kerangka jam tersebut bagi mengelakkannya daripada dimasuki air. Walaupun tampil dengan fungsi kalis air, sokongan speaker masih dikekalkan melalui rekaan semula pada komponen tersebut yang kini berupaya menolak keluar air dari lubang speaker Apple Watch Series 2.
#2. Kaedah Bersenam Terbaru untuk Perenang Diperkenalkan
Sokongan fungsi kalis air ini secara tidak langsung mendorong Apple untuk memperkenalkan dua jenis senaman yang dikhususkan untuk perenang dengan tambahan ‘Pool Swim’ dan juga ‘Open Swim Water’. Apabila jenis senaman ini diaktifkan, perenang boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti kiraan pusingan, jarak renangan, masa, kiraan kalori, dan ianya akan dikira berdasarkan kepada corak berenang bagi setiap individu berbeza.
#3. Cipset Apple S2 dengan Sokongan Dua Teras
Apple Watch Series 2 menjanjikan prestasi yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan generasi pertamanya memandangkan ia kini menyokong cipset generasi kedua Apple S2. Sokongan dua teras (Dual Core) pada cipset terbaru ini menjanjikan kepantasan sehingga 50% berbanding sebelum ini, manakala sokongan GPU terbaru ini pula berupaya menawarkan prestasi 2x lebih baik. Sokongan cipset berkuasa ini mampu mendorong pembangun untuk memperkenalkan aplikasi yang lebih baik pada masa akan datang.
#4. Paparan Skrin Generasi Kedua
Penggunaan Apple Watch Series 2 juga terasa lebih baik apabila berada di bawah pancaran cahaya matahari kerana sokongan paparan skrin generasi kedua mampu menghasilkan keterangan 2x lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Malah menurut Apple, ia merupakan peranti dengan sokongan skrin paling terang pernah diperkenalkan setakat ini iaitu mencecah sehingga 1,000 nits.
#5. Dilengkapi GPS Terbina-Dalam
Antara aktiviti senaman yang paling popular dilakukan di dunia adalah berjalan dan juga berlari. Jadi Apple kini telah memperkenalkan GPS terbina-dalam pada Apple Watch Series 2 untuk memastikan pengalaman bersenam yang terbaik kerana kiraan seperti jarak dan masa akan lebih tepat berbanding sebelumnya. Lebih menariknya, anda boleh melihat semula laluan yang digunakan sepanjang aktiviti tersebut dan ia juga turut memaparkan garisan berwarna bagi membantu anda memantau corak larian anda. Sokongan GPS turut membuka lebih banyak peluang kepada pembangun dalam menghasilkan aplikasi kecergasan.
Perbandingan Spesifikasi Apple Watch Series 2 vs Apple Watch
Ketersediaan
Apple Watch Series 2
- Pra-tempah bermula 9 September 2016
- Ketersediaan di pasaran bermula 16 September 2016
Apple Watch Nike+
- Ketersediaan di pasaran bermula penghujung Oktober 2016
watchOS 3
- Muat turun bermula 13 September 2016
BACA JUGA


