
Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition Diperkenal, Pamer Hero Marvel Dalam Rekaannya
Demam filem Marvel belum lagi berakhir, apabila Redmi China telah memperkenalkan 1 edisi terhad Redmi K20 Pro yang dikenali sebagai Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition.
Peranti ini tampil dengan sentuhan menarik pada kotak pembungkusan, sarung pelindung yang mana ia bertemakan Avengers dan plat logam khas.
Jika dilihat pada peranti ini pula, ia hadir dengan rekaan panel yang unik yang mana ia diilhamkan menerusi topeng muka Iron Man. Turut disertakan dengan kemasan panel warna hitam. Lebih menarik terdapat warna tema khas daripada Iron Man.
Jika dilihat daripada spesifikasi pastinya tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan skrin bersaiz 6.39 inci AMOLED FHD+. Menariknya ia dikuasakan oleh Snapdragon 855 dan disertakan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 256GB.
Kamera juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 3 kamera yang mana kamera utama adalah 48MP. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan 20MP. Kapasiti bateri juga besar apabila hadir dengan 4000mAh(27W).
Maklumat dikongsikan menerusi akaun rasmi Redmi di Weibo. Walaupun begitu, tarikh dan harga jualan belum diketahui. Jadi sama-sama kita nantikan.