
realme X50 Rasmi – Peranti 5G Snapdragon 765G Berkamera 64MP + 30W VOOC 4.0
realme X50 sebentar tadi telah rasmi diperkenalkan di pasaran China, dan ia merupakan peranti 5G pertama dari realme yang mendapat tumpuan ramai di seluruh negara.
Seperti apa yang tertiris sebelum ini, realme X50 dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 765G yang mana merupakan cipset 5G pertama daripada Qualcomm, bersama itu disertakan sokongan GPU Adeno 620.
Paparan skrin bersaiz 6.57 inci FHD menggunakan panel JDI LCD, nisbah skrin-ke-kerangka mencapai 90.4% dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Selain itu, peranti 5G ini juga menyokong paparan Corning Gorilla Glass 5.
Pengimbas cap jari realme X50 agak mengikut trend masa kini, iaitu menggunakan rekaan yang terletak di bahagian sisi kerangka. Bagi kuasa ketahanan pula, ia dibekalkan bateri 4,200mAh dengan teknologi pengecasan pantas 30W VOOC 4.0, menurut realme ia mampu mengecas sehingga 70% hanya dalam 30 minit.
Prestasi kamera pada realme X50 juga sangat hebat, gabungan empat kamera utama terdiri daripada 64MP (f/1.7) + 8MP (f/2.3) Ultra Wide-Angle + 12MP (f/2.5) Telephoto + 2MP (f/2.4) Super Makro.
Sementara kamera swafoto hadir dengan dwi-lensa iaitu 16MP (f/2.0) + 8MP (f/2.2) Ultra Wide-Angle, bagi menghasilkan gambar swafoto yang cukup sempurna.
realme X50 hadir dengan 2 pilihan warna iaitu biru dan hijau, dan terdapat 3 varian antaranya 8GB RAM + 128GB ROM, 6GB RAM + 256GB ROM dan 12GB RAM + 256GB ROM.
Peranti ini menggunakan realme UI yang berasaskan Android 10, dijual pada harga masing-masing seperti berikut:
- 8GB + 128GB: RMB2499 (~RM1,472)
- 6GB + 256GB: RMB2699 (~RM1,590)
- 12GB + 256GB: RMB2999 (~RM1,767)
- Master Edition: RMB3099 (~RM1,825)
realme X50 Master Edition dari pereka terkenal Naoto Fukasawa:



