- Iklan -

CES 2020: ASUS Perkenal ASUS TUF Gaming A15 & A17 – Hadir Dengan AMD Ryzen 4000 Series

ASUS terus melangkah maju dalam CES 2020 apabila turut memperkenalkan komputer riba terbaharunya yang dikenali sebagai ASUS TUF Gaming A15 dan ASUS TUF Gaming A17 yang memberikan prestasi gaming yang terbaik kepada pengguna.

Menariknya, kedua-dua model ini dikuasakan dengan AMD Ryzen 4000 Series Mobile Processors yang memberikan prestasi yang mengagumkan dalam dipadankan dengan sistem operasi Windows 10 Pro.

Kedua-dua model ini tampil dengan varian 2 varian warna iaitu Fortress Gray dan Bonfire Black.

ASUS TUF Gaming A15

Tampil dengan skrin yang menakjubkan iaitu 15.6″ Non-glare Full HD yang mana tampil IPS-level panel sehingga 144Hz.

Aspek memori komputer riba ini juga baik apabila dihadirkan sehingga 32GB 3200MHz DDR4 dan VRAM sehingga 6G GDDR6. Hai ini turut dilengkapi dengan grafik yang sangat menakjubkan iaitu NVIDIA GeForce RTX 2060. Storan juga besar apabila dihadirkan dengan M.2 NVMe PCIe SSD sehingga 1TB.

Bateri ASUS TUF Gaming A15 juga baik apabila ia disertakan dengan 90Wh lithium-polymer (230W power adapter).

ASUS TUF Gaming A17

Bagi ASUS TUF Gaming A17 pula dihadirkan dengan saiz skrin yang lebih besar yang mana ia disertakan dengan 17.3″ Non-glare Full HD dan dihadir dengan IPS-level panel sehingga 120Hz.

Ia turut disertakan dengan memori sehingga 32GB 3200MHz DDR4 dan VRAM sehingga 6G GDDR6. Grafik juga baik apabila di hadirkan dengan NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti yang memberikan kesan grafik yang sangat baik. Storan pula sangat besar iaitu M.2 NVMe PCIe SSD sehingga 1TB.

Bateri juga sangat baik apabila disertakan dengan 90Wh lithium-polymer battery (180W power adapter).

_____________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like