
Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan untuk siri Galaxy S10 di pasaran tempatan, akan bermula 8 Mac dengan tawaran harga RM2699 untuk Galaxy S10e, RM3299 untuk Galaxy S10 dan RM3699 untuk Galaxy S10+.
[ Sertai : Peraduan BE UNBEATEN ]
Sempena pelancaran rasmi ini, Samsung akan menganjurkan jerayawara bermula 8 Mac hingga 10 Mac di lokasi berikut:
- Mid Valley Megamall, KL (10am – 10pm)
- AEON Tebrau City, Johor Bahru (10am – 11pm, Jumaat & Sabtu) / 10am – 10pm (Ahad)
- Queensbay Mall, Penang (10am – 10.30pm)
[ Senarai Harga Jualan Siri Samsung Galaxy S10 Untuk Pasaran Tempatan – Pra-Tempahan Bermula 22 Februari 2019 ]
Dalam jerayawara ini juga, pelanggan juga boleh mendapat hadiah percuma yang menarik. Pembelian Galaxy S10e boleh mendapat percuma seunit Galaxy Buds bernilai RM499, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ (128GB) pula boleh mendapat percuma Galaxy Buds + Screen Protection Plus yang bernilai RM779.
Manakala versi 512GB bagi Galaxy S10+ pula boleh mendapat hadiah percuma bernilai RM1079 yang termasuk sebuah Galaxy Watch Active (RM799) + Screen Protection Plus.
Berminat jangat lupa ajak kawan-kawan pergi bersama ya.
[ Sekilas Pandang Samsung Galaxy S10+ – Rekaan Mewah Disamping Spesifikasi Lebih Mantap ]
_______________________

