
Samsung Galaxy S10+ Mencatat Skor DxOMark Tertinggi, Setaraf Dengan HUAWEI Mate 20 Pro!
Siri Samsung Galaxy S10 telahpun dilancarkan secara besar-besaran, susulan promosi pra-tempahan juga bermula hari ini dengan pelbagai tawaran yang menarik.
Seperti biasa, selain mementingkan prestasi dalaman siri Galaxy S10, kamera juga menjadi taruhan orang ramai. Oleh itu, prestasi kamera Galaxy S10+ telah diuji oleh laman DxOMark.
Sebagai peranti premium dalam siri terbaru ini, ia berjaya mencatat skor paling tinggi 109 markah, iaitu sama kedudukan dengan Huawei Mate 20 dan P20 Pro.
Sementaran prestasi dari segi swafoto, ia mencapai skor 96 di mana mendahului peranti lain di pasaran sekarang. Mana tidaknya peranti ini mempunyai sokongan kamera yang cukup berkuasa di mana hadir bersama dwi-kamera utama 10MP + 8MP, serta kamera swafoto yang mampu merakam video 4K.

Adakah tempat Samsung atau Huawei akan tergugat selepas ini? Sama-sama kita nantikan peranti yang bakal menjelang.
♠ DxOMark ♠ Xiaomi Mi 9 I Huawei P20 Pro
__________________________________
Artikel Berkaitan:
- Perbandingan Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10
- Siri Samsung Galaxy S10 Dilancarkan Bersama Rekaan Serba Baharu, Teknologi Lebih Terkini
- Peranti Lipat Samsung Diperkenal Secara Rasmi – Galaxy Fold
- Samsung Muncul Dengan Dua Produk Baru – Galaxy Watch Active & Galaxy Buds

