
Huawei P20 Pro Tetap No:1! iPhone XS Max Mendapat Skor 105 Dari DxOMark
Minggu lepas baru sahaja terdedah skor DxOMark bagi peranti Huawei Mate 20 Pro, hari ini skor untuk iPhone XS Max pula telah dipaparkan rasmi oleh DxOMark.
Melalui carta skor yang diberikan, iPhone XS Max berjaya mendapat skor setinggi 105, di mana berada di belakang Huawei P20 Pro yang mempunyai skor 109.
Tidak dinafikan iPhone XS Max mampu menawarkan kualiti gambar yang sangat baik dalam cahaya yang terang, di samping kejituan gambar yang tinggi. Sistem penstabilan imej juga memudahkan rakaman gambar video diambil tanpa masalah getaran berlaku.
Apa yang kurang pada iPhone XS Max, menurut laporan dari DxOMark adalah aspek zum boleh diperbaiki kerana terdapat bunyi luminance noise dan tahap terperinci kurang memuaskan.