Celcom Berkolaborasi Bersama MdeC Untuk Program eUsahawan

(Dari kiri) Dato’ Sri Shazalli Ramly (CEO Celcom) mempamerkan MoU yang ditandatangani bersama Dato’ Yasmin Mahmood (CEO MdeC).
(Dari kiri) Dato’ Sri Shazalli Ramly (CEO Celcom) mempamerkan MoU yang ditandatangani bersama Dato’ Yasmin Mahmood (CEO MdeC).

Celcom telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC), sebagai rakan digital untuk program eUsahawan MDeC. Program eUsahawan ini dijalankan menerusi Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan dan ia disempurnakan oleh CEO Celcom, Dato’ Sri Shazalli Ramly, bersama CEO MDeC, Dato’ Yasmin Mahmood. Celcom akan meluaskan rangkaian 4G LTE ke kampus TVET, untuk memberi pengalaman penggunaan Internet lebih meluas, di samping membantu proses pembelajaran. Di peringkat awal, sebanyak 34 institusi politeknik di seluruh Malaysia akan dinaiktaraf ke rangkaian 4G LTE.

Di antara kandungan di dalam MoU adalah pemberian kad SIM khas untuk pelajar eUsahawan, pakej smartphone dan tablet, serta penggunaan Escape iaitu sebuah platform dalam talian sebagai bahan bantu pembelajaran. Pelajar boleh menggunakan pasaran dalam talian Celcom, 11street sebagai sebahagian daripada kerja projek mereka. Program ini akan mula dijalankan pada Julai 2015, dan sebanyak 3,000 pelajar telah menyertainya serta 77% pelajar telah berjaya menjana jualan di platform dalam talian, dan memungut jualan sebanyak RM1.3 juta dalam masa 6 bulan sahaja.

You might also like