

Penghujung tahun 2015, OPPO Malaysia telah mengadakan peraduan beli smartphone OPPO dan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa. Peraduan bermula 17 Disember 2015 sehingga 7 Januari 2016, manakala penyampaian hadiah pula telah dibuat pada 26 Februari lepas secara terbuka di luar pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang.
Apa yang menariknya, pemenang hadiah utama Perodua Myvi 1.3 Premium X, memenanginya selepas dia membeli smartphone OPPO Neo 7 yang hanya berharga RM798. Dia terpilih sebagai pemenang daripada ribuan penyertaan yang diterima oleh pihak OPPO. Selain itu, hadiah tempat kedua telah memenangi percutian selama 3 hari 2 malam untuk 2 orang ke Bali, Indonesia. Di tempat ketiga pula, membawa pulang sebuah TV LED berukuran 32 inci. Kesemua pemenang ini telah membeli smartphone milik OPPO dari pengedar sah OPPO dan secara online di OPPOstore.com.my, kemudian sistem OPPO akan memilih secara rawak pemenang yang bertuah.

