Huawei Dan Kerajaan Sabah Bekerjasama Dalam Membangunkan Bandar Pintar

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyaksikan majlis tanda tangan Memorandum of Understanding (MoU) antara kerajaan Sabah dan Huawei di bandar ShenZen.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyaksikan majlis tanda tangan Memorandum of Understanding (MoU) antara kerajaan Sabah dan Huawei di bandar ShenZen.

Huawei telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dengan kerajaan Sabah untuk membangunkan Sabah menjadi hab ICT dan sebuah bandar pintar. Datuk Siringan Gubat (Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah) berkata usaha sama itu akan menyaksikan Sabah membangun menjadi pusat teknologi pada masa hadapan dengan menggunakan kepakaran dan sumber yang dimiliki syarikat teknologi Huawei.

Salah satu elemen terpenting dalam kerjasama tersebut adalah pembangunan infrastruktur komunikasi. Huawei juga akan menjadi konsultan dalam mencapai misi tersebut dengan memberi nasihat dan panduan berkenaan pembangunan pusat jalur lebar, rangkaian tanpa wayar dan pusat data bertaraf dunia.

You might also like