Tawaran Hebat & Aplikasi Mudah Alih Diperbaharui Dari 11street

724
- Iklan -

11211street (www.11street.my) secara rasminya memperkenalkan pembaharuan Shocking Deals (Tawaran Mengejut) dan aplikasi mudah alih yang dipertingkatkan pada majlis makan tengah hari bersama media yang diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur. Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim turut berkongsi maklumat mengenai evolusi e-dagang di Malaysia serta jangkaan trend mudah alih pada tahun 2016.

Selain itu, aplikasi mudah alih 11steet juga mendapat pembaharuan dengan memperkenalkan fungsi ‘Hot Deals’. Ia akan menampilkan produk Top 100 Shocking Deals (Tawaran Mengejut) yang paling banyak dicari bagi memudahkan anda untuk mencari produk jualan dan tawaran perkhidmatan terbaik. Di samping itu, fungsi ‘sorting’ pula memberi nilai tambahan pada aplikasi ini, di mana pengguna boleh mencari produk di 11street berdasarkan diskaun paling tinggi, produk paling popular serta untuk penghantaran percuma secara ekslusif. 11street juga memperkenalkan beberapa beberapa fungsi lain seperti Shocking 11, di mana semua barangan dijual pada harga RM11, Shocking Hours, produk yang hebat akan diletakkan penanda atau diskaun setiap hari pada pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang dan Shocking Bid, untuk penawar harga paling rendah boleh membawa pulang barang yang telah dibida.