realme X50 Pro 5G Sokong Pengecasan Pantas 65W SuperDart! Pantas Berdesup!

Terdahulu, realme dilaporkan telah memfailkan permohonan tanda dagangan untuk teknologi pengecasan pantas – dikenali sebagai SUPERDART. Ramai mula bertanya, apakah model pertama yang bakal disertakan dengan teknologi ini?

Pertanyaan tersebut akhirnya terjawab apabila realme berkongsi poster acah yang menunjukkan bahawa realme X50 Pro 5G bakal mempunyai sokongan pengecasab tersebut. Pun begitu, anggaran masa pengecasan tidak pula didedahkan. Namin, ia pastinya menjanjikan masa pengecasan yang sangat cepat.

realme X50 Pro 5G dijangka muncul di persidangan MWC 2020 pada 24 Februari ini. Bagaimanapun, persidangan berkenaan dibatalkan ekoran kebimbangan wabak Coronavirus. Tapi, korang usah khuatir kerana realme bakal memperkenalkan realme X50 Pro 5G secara atas talian pada tarikh berkenaan.

You might also like