
Google Photos Kini Menyokong Ciptaan Animasi Offline
Sebelum ini fungsi ciptaan animasi Google Photos dari gambar pegun hanya boleh digunakan ketika anda sedang online. Dengan kemas kini terbaru aplikasi Google Photos, anda sudah boleh mula mencipta animasi dari koleksi gambar anda tanpa perlu sentiasa tersambung dengan Internet.
Kini anda boleh mengakses fungsi tersebut dari tab Assistant dan memilih 2 sehingga 50 keping gambar, namun gambar yang dipilih mestilah yang tersimpan di dalam peranti. Anda tidak boleh memilih gambar yang disimpan di dalam cloud, walaupun anda masih boleh melihat thumbnails gambar-gambar tersebut.
Setelah memilih gambar yang anda mahu, tap butang create dan aplikasi akan mencipta animasi yang menarik secara automatik dari gambar-gambar yang sudah dipilih.