Samsung Galaxy J2 Prime & Galaxy J1 Mini Prime, Ahli Keluarga Terbaru Galaxy J Series

5543
- Iklan -

1Keluarga Samsung Galaxy J Series terdiri daripada J7 (2016), J5 (2016), J3 (2016), J1 Ace, J7 Prime, J5 Prime dan sekarang dengan model terkini J2 Prime dan J1 Mini Prime, melengkapkan pilihan yang menawarkan kepelbagaian saiz skrin dan prestasi bagi memenuhi kehendak dan kemahuan pelbagai kategori pengguna.

Daripada Galaxy J1 Mini Prime sehinggalah kepada Galaxy J7 Prime, Galaxy J Series menawarkan ciri-ciri penting yang anda perlukan dalam sebuah telefon pintar. Daripada sambungan dan rangkaian sosial, kepada mengambil gambar, mendengar muzik dan menonton video, selain permainan bergerak dan melayari laman web!

3Dengan keluarga Galaxy J Series, para pengguna boleh menikmati inovasi telefon pintar terkini, reka bentuk ringkas dan fungsi menyeluruh, memberikan mereka nilai maksimum dalam pemilikan sebuah Samsung. Apabila kebanyakan masa ciri-ciri terbaik telefon pintar tidak disertakan dengan harga yang mesra, Samsung memastikan ia ada bagi pengguna untuk menikmati pengalaman lancar telefon pintar kedua-dua aspek tersebut.

Samsung Galaxy J Series boleh didapati di semua Samsung Experience Stores dan pengedar sah.

HARGA JUALAN GALAXY J SERIES

• Galaxy J1 Mini Prime (Baru) Ι RM 299
• Galaxy J1 Ace Ι RM 399
• Galaxy J2 Prime (Baru) Ι RM 499
• Galaxy J3 Ι RM 599
• Galaxy J5 Ι RM 799
• Galaxy J7 Ι RM 999