
CES 2017: Acer Predator Z1 (Z301CT), Monitor Permainan Skrin Lengkung
Sekiranya anda seorang gamer, monitor Predator keluaran Acer pastinya sudah dimiliki ataupun di dalam senarai anda. Dalam CES 2017 tahun ini, pihak Acer telah mengumumkan tiga monitor berprestasi tinggi yang terdiri daripada Acer Predator Z1 (Z301CT), Acer Predator XB252Q dan Acer Predator XB272.
Acer Predator Z1 (Z301CT)
Acer Predator Z1 (Z301CT) merupakan model monitor kelas atasan yang kerap menjadi idaman para gamers, buktinya adalah ia memenangi anugerah “Best of Innovations” CES 2017 dalam kategori peralatan komputer.
Monitor ini dilengkapi teknologi yang semakin banyak dapat kita lihat pada produk Acer, iaitu pengesan pergerakan mata Tobii. Tobii mengesan pergerakan mata pemain ketika di dalam permainan video untuk mewujudkan input baru. Mata berfungsi sebagai input seperti tetikus dan papan kekunci atau pad kawalan memberikan pemain lebih kawalan dan pengalaman yang imersif di dalam permainan. Di samping itu, dengan resolusi HD ultra 2560 x 1080 piksel dan skrin melengkung pasti akan membuatkan visual permainan menonjol dan tajam.
Ciri-ciri utama lain termasuk kadar refresh 200Hz dan masa tindak balas 4ms balas yang akan memberikan respon sepantas kilat kepada pemain. Sudut tontonan dan bingkai memberikan keselesaan dan pengalaman yang lebih imersif kepada pemain. Dibantu pula dengan dua pembesar suara 3W dengan teknologi DTS Sound yang akan menyampaikan audio yang berkualiti.
Harga Jualan: USD 899.99 (RM 4,043.21)
Acer Predator XB2
Siri Predator XB2 dibina untuk memberikan kepantasan respon kepada pemain, terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan kejohanan kompetitif. Dengan teknologi NVIDIA ULMB technology, masa respon 1ms dan kadar refresh 240Hz, Predator XB252Q (24.5 inci) dan Predator XB272 (27-inci) mampu menyampaikan pengalaman permainan yang sangat realistik dengan tindak balas pantas, persis dan konsisten tanpa sebarang gangguan ghosting.
Kualiti gambar yang hebat dapat dinikmati melalui panel paparan beresolusi Full HD 1080p dengan nisbah kontras 1000:1. Reka bentuk ZeroFrame sesuai untuk setup multi–monitor dan rekaan ergonomik membolehkan pemain mencari kedudukan tontonan yang sempurna dengan -5 hingga 20 darjah kecondongan, 45 darjah pusing, 90 darjah pivot mengikut arah jam dan pelarasan ketinggian sehingga 4.5 inci (115 mm ). Ia juga dilengkapi dengan dua 2W pembesar suara.
Harga Jualan Predator XB252Q (24.5 inci): USD 549.99 (RM 2470.83) Predator XB272 (27 inci): USD 679.99 (RM 3054.86)



