
Acer sungguh cergas pada permulaan acara CES 2017 tahun ini. Selepas memperkenalkan Chromebook dan Predator 21 X, syarikat pengeluar komputer ini turut memperkenalkan siri Aspire baru yang lebih profesional dan berprestasi tinggi.
Aspire V Nitro Black Edition

Siri Aspire baru ini dilengkapi variasi cip pemproses 7th Generation Intel Core i7 yang direka untuk memberikan prestasi yang hebat dan responsif, hiburan 4K dan kitaran hayat bateri yang lebih lama. Cip pemproses ini dbantu pula pemproses grafik yang tidak kurang hebatnya, NVIDIA GeForce GTX 1060 atau 1050 Ti. Tidak kira jika anda seorang penggemar filem atau peminat permainan video, anda akan dapat menikmati sepenuhnya hiburan anda dengan memuaskan.

Bagi Aspire V 17 Nitro Black Edition pula, ia hadir dengan dua variasi, iaitu versi standard dan juga variasi dengan teknologi pengesanan mata Tobii. Melalui teknologi ini anda boleh berinteraksi dengan komputer riba ini menggunakan gerakan mata. Versi standard pula mempunyai spesifikasi asas yang sama, namun tanpa teknologi Tobii.
Aspire V Nitro menggabungkan kipas logam AeroBlade Acer untuk melepaskan haba dengan lebih cekap, manakala teknologi Coolboost membolehkan pengguna untuk mengawal secara manual proses penyejukan apabila proses berat sedang dilakukan. Notebook Aspire V Nitro juga merangkumi DustDefender yang menggunakan dua kipas berkelajuan tinggi dengan putaran terbalik untuk menyingkirkan habuk di samping melepaskan haba.

Selain itu siri ini juga hadir dengan sensor pengesan cap jari dan paparan 4K 3840 x 2160 piksel. Pengalaman hiburan berkualiti ini juga disokong teknologi audio Dolby® Audio Premium dan Acer TrueHarmony Plus.
Harga Jualan
- Acer Aspire V 15 Nitro Black Edition: USD 1,199 (RM 5,386.51)
- Acer Aspire V 17 Nitro Black Edition: USD 1,399 (RM 6,285.01)
Aspire VX
Aspire VX 15 pula mempunyai ciri fizikal yang lebih menyerlah dengan ruang penyejukan besar dan casis merah, menunjukkan dengan jelas kebolehannya untuk permainan komputer. Papan kekuncinya pula dilengkapi cahaya merah bagi memudahkan pemain bermain di kawasan yang mempunyai cahaya terhad.
Aspire VX 15 juga dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7-7700HQ, peningkatan yang ketara dalam prestasi pemproses berbanding generasi sebelumnya. Komputer riba ini juga dilengkapi dengan NVIDIA GeForce GTX 1050 Tii, GDDR5 VRAM, 512GB SSD dan 1TB HDD1.
Harga Jualan
- Acer Aspire VX 15: USD 799 (RM 3,589.51)
Aspire GX
Bagi mereka yang mencari keupayaan tambahan yang hanya model desktop boleh tawarkan, Acer menciptakan Aspire GX untuk anda. Desktop ini dikelaskan sebagai VR Ready dan dilengkapi dengan pemproses 7th Generation Intel Core, 64GB DDR4 RAM dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070.
Komputer ini juga mampu menyampaikan visual resolusi 4K yang menakjubkan dan sokongan sehingga 4 paparan pada satu-satu masa untuk pengalaman yang maksimum. Dengan 3TB HDD dan 256GB SSD, anda pasti akan mempunyai kapasiti yang cukup untuk menyimpan dan memasang semua permainan kegemaran anda.
Harga Jualan
- Aspire GX Desktop: USD 899 (RM 4,038.76)



