CES 2017: Barisan Komputer Riba Lenovo Legion Terbaru Untuk Para Gamers

lenovo-legion-y520-laptop-with-lenovo-y-gaming-headsetLenovo adalah antara nama besar di dalam industri teknologi yang turut hadir memeriahkan acara CES 2017 di Las Vegas. Pada acara tersebut mereka telah memperkenalkan dua buah komputer riba yang disasarkan kepada mereka yang gemar bermain permainan di komputer riba.

Dengan rekaan yang elegan dan moden, Lenovo Legion Y520 dan Legion Y720 dilengkapi spesifikasi yang cukup untuk memberikan pengguna pengalaman bermain permainan di komputer riba yang lancar dan memuaskan. Cip pemproses generasi ketujuh dan variasi kad grafik kelas pertengahan seperti NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti dimuatkan di dalam komputer riba ini sebagai komponen utama.

lenovo-legion-y520-laptop_gaming-front-facing
Lenovo Legion Y520
lenovo-legion-y520-laptop_optional-red-backlit-keyboard
Lenovo Legion Y520

Ayuh kita lihat spesfikasi kedua-dua komputer riba ini.

Lenovo Legion Y520
Paparan 15.6″ FHD (1920 x 1080) atau 16:9, IPS, Anti-Glare
Dimensi 380 x 265 x 25.8 mm
Berat 2.4 kg
Cip Pemproses sehingga 7th Generation Intel Core i7
Sistem Operasi Windows 10 Home
Kad Grafik Menyokong sehingga NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti
Memori Menyokong sehingga 16GB DDR4, 2 x SODIMM Slots
Kapasiti Storan 128GB/256GB/512GB PCIe SSD atau
500GB/1TB/2TB SATA HDD
Audio 2 x 2W Harman, Dolby Audio Premium
WLAN & Bluetooth 1 x 1 WiFi 802.11 ac / 2 x 2 WiFi 802.11 ac, Bluetooth 4.1
Port 1 x USB 3.1 (Type-C), 2 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, 1 x HDMI™, Audio Jack, Microphone Jack, RJ45 LAN,
4-in-1 Card Reader (SD, SDHC, SDXC, MMC)
Bateri Sehingga 4 jam masa operasi
Warna Hitam
Harga USD 899.99 (RM 4,043.21)
xbox-one
Lenovo Legion Y720
Lenovo Legion Y720
Paparan 15.6″ FHD (1920 x 1080) IPS atau
15.6″ UHD (3840 x 2160) IPS Anti-Glare
Dimensi 380 x 277 x 29 mm
Berat 3.2 kg
Cip Pemproses 7th Generation Intel Core i7-7700HQ atau
7th Generation Intel Core i5-7300HQ
Sistem Operasi Windows 10 Home
Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
Memori 16GB DDR4, 2 x SODIMM Slots
Kapasiti Storan 128GB/256GB/512GB PCIe SSD atau
500GB/1TB/2TB SATA HDD
Audio 2 x 2W JBL Speaker, 3W Subwoofer Dolby Atmos
WLAN & Bluetooth 2×2 WiF i802.11 ac, Bluetooth 4.1
Port 3 x USB 3.0, 1 x HDMI, Thunderbolt (USB Type-C), Audio Jack, Microphone Jack, RJ45 LAN, DisplayPort
Bateri Sehingga 5 jam masa operasi
Warna Hitam
Harga USD 1,399.99 (RM 6,289.46)

 

You might also like