Huawei Mate 10 Pro Boleh Ditempah Pada Harga RM3,099 Bermula 16 November Ini

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan peranti induk Huawei Mate 10 Pro akan dibawa ke pasaran tempatan. Ia akan mula berada di pasaran pada 24 November kelak dengan tanda harga RM3,099 seunit.

Bagi yang berminat, anda boleh mula membuat tempahan bermula 16 November ini dengan pilihan warna Midnight Blue dan Mocha Brown. Kempen ini hanya berlangsung selama empat hari yang berakhir pada 19 November 2017.

Mereka yang membuat pra-tempah pada tarikh ini akan menerima hadiah menarik bernilai RM999 yang merupakan satu unit penimbang berat Huawei, satu unit Huawei Colour Band A2, dan satu unit kad servis VIP. Ia juga termasuk tiga bulan jaminan skrin retak, satu tahun jaminan tambahan, dan jaminan perkhidmatan pintu-ke-pintu.

Huawei Mate 10 Pro boleh di pra tempah di kedai atas talian Vmall atau 3ex bermula 16-19 November 2017. Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Huawei Malaysia.

Spesifikasi Huawei Mate 10 Pro:

  • OLED 6” 18:9 FullView Display FHD+
  • Dwi kamera 12MP RGB + 20MP Monochrome f/1.6
  • Kamera depan 8MP f/2.0
  • Kirin 970 (NPU)
  • Android 8.0 Oreo / EMUI 8.0
  • RAM 6GB / ROM 128GB
  • 4,000mAh SuperCharge
  • Kalis air IP67
  • Dwi-Nano SIM 4G LTE/sehingga 1.2Gbps
  • USB Type-C
You might also like