
WWDC 2017: iOS 11 Menambah Aplikasi Files Pada iPad
Pada acara WWDC 2017 ini, selain iPad Pro 10.5 inci diperkenalkan, iOS 11 terbaru juga merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Apa yang menjadi tarikan utama padanya? Salah satunya adalah kehadiran aplikasi Files pada iPad.
Sistem Files telah menjadi perkara biasa dalam peranti Android, kali ini akan tampil pada iPad yang beroperasi iOS 11 akan datang. Aplikasi Files ini boleh dikatakan adalah sejenis aplikasi pengurusan fail yang lebih mudah digunakan. Anda boleh menguruskan pelbagai dokumen dan fail dengan mudah pada peranti iOS melalui iCloud, malah boleh juga daripada servis awan seperti Box dan Dropbox. Hanya dengan aplikasi yang sama sahaja, kemudahan mengakses dokumen pada peranti iOS menjadi lebih mesra pengguna.
Pengumuman aplikasi Files ini tentu akan menarik minat ramai orang, fungsi selanjutnya kita nantikan kehadirannya bersama iOS 11 dalam beberapa bulan lagi. Mungkin ada fungsi tambahan lagi, siapa sangka kan?!