
12 Jun Ini Honor 9 Akan Diperkenalkan! Komfom!
Telefon pintar siri Honor ini kini diberi perhatian selepas kemunculan Honor 8 pada tahun lepas yang reka bentuknya kelihatan agak menarik, kini secara rasminya Honor 9 akan diperkenalkan pada 12 Jun akan datang.
Untuk pengetahuan anda, Honor 9 tidak akan didatangkan bersama 3.5mm audio jack seperti yang dikhabarkan pada sebelum ini. Rupa fizikal luaran pula, peranti ini tidak menerima perbezaan yang ketara dan masih lagi mengekalkan penampilan yang sama.
Ini boleh dikatakan sebagai model naik taraf Honor 8 atau lebih menjurus kepada model kelajuan (Honor 8s). Apa yang boleh dinyatakan ialah telefon pintar ini akan menggunakan set cip HiSilicon Kirin 960, storan 32GB atau 64GB menyokong UFS 2.0 untuk pemindahan data. Memori RAM pula dikatakan sebanyak 6GB tetapi mengikut harga iaitu USD362 (lebih kurang RM1,569), berkemungkinan jumlah RAM hanya 4GB sahaja.
Paparan skrin hadir dengan saiz 5.2 inci HD penuh, dual kamera utama (22 Megapiksel + 12 Megapiksel) dan kamera depan 8 Megapiksel, serta kapasiti bateri berjumlah 3100mAh akan dimuatkan.
Maklumat yang lebih lanjut tentang Honor 9 akan diperolehi pada minggu depan, jadi nantikan…

