[TERTIRIS] Samsung Galaxy A6s Sokong Paparan Skrin 5.9 Inci Dan 6GB RAM?

Gergasi teknologi iaitu Samsung Electronics Co. Ltd. dikhabarkan merancang untuk melancarkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan terbaharu mereka dari siri Galaxy A, Samsung Galaxy A6s.

Menurut maklumat yang tertiris di laman TEENA, telefon ini bakal hadir dengan paparan bersaiz 5.99 inci Full-HD+ dengan resolusi 2160 x 1080 piksel dan nisbah aspek 18:9. Penyenaraian tersebut juga menyatakan ia mungkin dilengkapi dengan RAM sebesar 6GB dan ditambah dengan pilihan penyimpanan 64 GB atau 128 GB.

TEENA juga menyenaraikan, Galaxy A6s akan dikuasakan oleh pemproses berkelajuan 2.2GHz, yang MUNGKIN diambil daripada Snapdragon 660. Telefon ini bakal hadir dengan dwi-kamera utama yang menggabungkan lensa 12MP dan 2MP serta kamera hadapan 5MP.

Adakah Galaxy A6s adalah salah satu model yang bakal dilancarkan pada acara 4x Fun, A Galaxy Event yang bakal berlangsung pada 11 Oktober ini? Sama-sama kita tunggu!

You might also like