Rakaman Video Pendek Dengan iPhone XS Max – Tim Cook Berasa Puas!

Ramai yang berasa tidak puas hati dengan iPhone XS dan XS Max di mana peningkatan yang sedikit tetapi dengan harga jualan yang terlalu tinggi, apatah lagi keupayaan kamera yang tidak selaras dengan perkembangan dalam arena penggambaran.

Apa-apa pun laman DxOMark baru sahaja mengeluarkan skor iPhone XS Max setinggi 105 berada di tangga kedua setelah Huawei P20 Pro, sekaligus membuktikan prestasi Apple yang masih berkuasa. Terkini, sebuah video pendek “Somewhere” berdurasi 2 minit yang diambil oleh pengarah Crazy Rich Asians, Jon M. Chu telah dimuat naik ke YouTube WIRED.

Menurutnya, video ini diambil sepenuhnya dengan kamera iPhone XS Max dan tidak menambah sebarang warna serta tidak menggunakan alat tambahan seperti lampu atau aksesori lensa semasa merakam. Lain pula dengan filem pendek “Three Minutes” tahun lepas yang banyak menggunakan alat tambahan.

Video pendek ini juga disyorkan dan dikongsikan oleh CEO Apple Tim Cook di twitter beliau. Apa pandangan anda semua? Puas hati dengan rakaman video ini?

 

 

You might also like