Moto G5S Memperlihatkan Tiga Warna Dan Kerangka Badan Logam

Selepas mendapat perhatian dari model Moto Z2 dan Moto Z2 Play, Motorola yang bernaung di bawah syarikat Lenovo ini bekerja keras bagi mengeluarkan telefon pintar terbaru yang dikenali sebagai Moto G5S. Ketirisan gambar ini jelas menunjukkan tiga pilihan warna iaitu kelabu, emas dan biru gelap digunakan sepenuhnya pada kerangka badan logam.

Melihat pada model ini, perbezaan antara model terdahalu, Moto G5 ialah ia tidak lagi menggunakan kombinasi aluminium dan plastik di bahagian luar. Oleh kerana itu, menjadikan Moto G5S ini kelihatan lebih premium dengan garisan antena pula diletakkan di bahagian bawah dan menjadikan ia lebih kemas dan natural.

Barisan model yang ingin dilancarkan oleh Moto kelak

Moto G5S ini memiliki paparan bersaiz 5.2 inci, malah ia juga didatangkan dengan satu lagi varian dengan saiz paparan sebesar 5.5 inci HD penuh serta fungsi dwi kamera.

You might also like