ASUS Malaysia Umumkan Komputer Riba TUF Gaming Baharu dengan GPU Siri RTX™ 50

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan siri komputer riba TUF Gaming serba baharu yang dikuasakan oleh GPU Laptop NVIDIA Siri RTX 50 untuk pasaran Malaysia.

TUF Gaming F16 dan A16 (FX608/FA608)
TUF Gaming F16 dan A16 kini hadir dengan GPU Laptop NVIDIA RTX 5070 terkini, dibina dalam rekaan casis baharu yang menawarkan ketahanan gred tentera serta prestasi tinggi — ideal untuk para gamer yang perlukan perkakasan tahan lasak. TUF Gaming A16 (FA608) dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen™ 9 8940HX, manakala TUF Gaming F16 (FX608) menawarkan pilihan sehingga Intel® Core™ i7 14650HX. Ia turut dilengkapi memori DDR5 sebanyak 16GB dan storan PCIe Gen 4 sehingga 1TB — kedua-duanya boleh dinaik taraf. Skrin 16-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi sehingga WQXGA serta liputan warna 100% sRGB melengkapkan pengalaman visual premium.

TUF Gaming A14 Serba Baharu (FA401)
Direka untuk menjadi ultra mudah alih dengan prestasi luar biasa, TUF Gaming A14 hanya seberat 1.46kg dan setebal 1.69cm. Walaupun kompak, A14 menampilkan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 5060 dengan sokongan prestasi AI yang dipertingkat dan DLSS 4.0 Multi Frame Generation — memberikan pengalaman permainan yang lancar dan realistik. Ia dipacu oleh pemproses AMD Ryzen AI 7 350 dengan 8 teras, 16 utas, dan NPU terbina yang mampu menjana 50 TOPS prestasi AI. Cip ini mampu mengendalikan permainan AAA terkini serta e-sukan sambil menjalankan aplikasi komunikasi atau penstriman di latar belakang. Paparan 14-inci WQXGA dengan kadar segar semula 165Hz memastikan visual yang tajam dan permainan yang lancar.

Ketersediaan & Harga untuk Malaysia:

You might also like