Stok Terhad! vivo V3 Kini Diperkenalkan Dalam Warna Merah Jambu Emas

pic 1

Selepas memperkenalkan model Vivo V3 Max dalam warna merah jambu emas (rose gold) untuk pasaran tempatan pada minggu lepas, nampaknya vivo Malaysia telah mengumumkan pula kehadiran warna yang sama untuk model Vivo V3 .

Kehadiran warna terbaru ini sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna tempatan, memandangkan sebelum ini ia hanya dipekenalkan dalam warna emas sahaja. vivo V3 yang menawarkan saiz skrin berukuran 5.0 inci dengan resolusi 720p ini telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616 Octa Core berkeupayaan 64-bit, RAM sebesar 3GB, dua slot kad SIM, kamera 13 Megapiksel, dan juga kamera depan 8 Megapiksel.

vivo V3 dengan kerangka merah jambu emas yang dijual pada harga RM1,099 ini didatangkan dalam stok yang terhad dan pastikan anda mendapatkannya secepat yang mungkin dengan mengunjungi mana-mana kedai jualan vivo di seluruh negara.

Baca juga:

()

You might also like