Lenovo VIBE K5 Kini Rasmi Di Pasaran Tempatan

k5-2

Tiada sebarang berita mahupun pelancaran rasmi, akhirnya Lenovo Malaysia telah melancarkan satu model smartphone terbaru, VIBE K5 yang pertama kali dipamerkan di MWC 2016 pada Mac lepas.

Peranti kelas pertengahan ini dijual pada harga RM599, tetapi masih menyokong spesifikasi yang boleh dibanggakan. Dioperasikan oleh Android 5.1 Lollipop bersama pemproses Qualcomm Snapdragon 415 berkelajuan Octa Core 1.4GHz, smartphone ini menawarkan memori dalaman 16GB dan diserikan lagi dengan RAM 2GB serta memori tambahan sehingga 32GB. Dari fungsi multimedia, penggambaran utama 13 Megapiksel auto fokus dan LED flash turut menampilkan lensa depan beresolusi 5 Megapiksel tanpa auto fokus.

Istimewa pada VIBE K5 salah satunya adalah sokongan dua buah speaker dengan teknologi Dolby ATMOS. Kualiti audio yang dihasilkan pastinya lebih lantang.
Istimewa pada VIBE K5 salah satunya adalah sokongan dua buah speaker dengan teknologi Dolby ATMOS. Kualiti audio yang dihasilkan pastinya lebih lantang.
You might also like