
Alangkah indahnya jika kita boleh membawa telefon pintar untuk mengembara ke mana sahaja, agar tidak terlepas segala moment indah. Tetapi bagaimana pula jika ingin mengambil gambar di dalam air?
Kini tiada masalah dengan adanya model terbaru dari Samsung iaitu Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018). Apa yang menariknya kedua-dua telefon pintar ini adalah menyokong pengiktirafan IP68 yang sememangnya kalis air. Kamera hadapan dengan dwi kamera pula membolehkan anda mengambil gambar swafoto dengan efek potrait yang menarik.
Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics telah membuat satu cabaran berkaitaan air yang diberi nama ‘Galaxy A8 Lagoon Quest’ bertempat di Sunway Lagoon. Pelbagai aktiviti air yang dilakukan termasuk menaiki Vuvuzela dan membuat lompatan bungee. Para peserta perlu mempamerkan kemahiran mereka berswafoto serta menyelesaikan tugas yang diberikan menggunakan Samsung Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018).
Samsung Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,799 dan RM 2,499. Kedua-duanya hadir dengan pilihan warna Hitam, Emas dan Orchid Grey yang sesuai dipadankan dengan keperibadian anda.


